Friday, December 19, 2008

Mengenal siapa saya

Hari ini adalah 20.12.2008,pada 2 hari yang lepas saya dapat hadiah yang istimewa dari PC WORLD,Terima kasih dan saya amat menhargai hadiah ini kerana menjadi teman setia saya kerana akan mengharungi pengalaman bersama saya,tapi rasa bimbang masih ada.Hari ini saya masih menggunakan alat 'Mechanical Heart' setiap saat untuk menerus nyawa saya tapi alat ini cuma boleh tahan 2 tahun saja dan saya sering juga di tanya "What is your wish?".Kalau saya jawab saya mahu satu jantung yang sesuai bermaksud saya mementingkan diri,tetapi apa boleh diubah,hanya saya boleh simpan dalam hati dan tuhan yang tahu.Terfikir balik,banyak yang begitu nasib malang separti saya dan akan memahami perasaan saya..Saya selalu berdoa pada tuhan supaya saya akan dapat bertemu dengan seorang penderma yang sesuai.Saya tahu rakyat Malaysia kita penuh dengan kasih sayang dan simpati boleh tolong saya..Saya selalu memberitahu diri sendiri jangan putus asa pasti suatu hari nanti akan ada keajaiban,dan satu hari nanti saya dapat menerus kehidupan seperti manusia biasa tanpa "Mechanical Heart".Saya harap "Miracle"akan muncul.Saya juga mahu terima kasih banyak pada IJN staff,doktor,staff nurse semua,sister semua dengan ikhlas hati,mereka semua memberi banyak galakan dan sokongan begitu juga pada keluarga saya.akhirnya saya harap anda semua boleh tolong pesakit yang malang seperti saya

No comments:

Post a Comment