Sunday, December 28, 2008
29.12.2008
Tahun 2009 akan tiba,cuma tinggal 2 hari saja dan kita semua akan mengucap selamat tinggal 2008.Tetapi pada saya,dan saya masih dalam ketakutan dan bimbang kerana masih tidak ada Transplant.Masa lalu dgn cepat,saya berada di IJN sudah pun 6 bulan dan saya benar betul tidak tahu apa akan terjadi jika dalam masa ini masih belum ada Transplant.Saya sering memberitahu sendiri supaya jangan putus asa dan kuat semangat.Ada 2 perderma organ yang sesuai dalam keadaan koma tapi keluarga tersebut tidak memberi persetujuan.Kita bukanlah seperti mendoakan mereka untuk mati namun hakikatnya pesakit ini tiada peluang lagi.Saya sendiri juga menyertai menjadi penderma organ kerana pada saya, menjadi penderma organ adalah sesuatu yang mulia dan ia juga turut dibenarkan dari sisi agama.Hari ini jalan raya di depan IJN kereta tidak banyak lalu,semua orang balik ke kampung meraikan 2009 bersama orang tersayang.Apabila emosi saya terganggu saya akan pandang ke langit dan memberitahu sendiri "tidak perlu bimbang pasti ada orang yang baik hati akan tolong dan selamatkan saya".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment