Semalam adalah meraikan "Merry X'mas" walau saya meraikan di IJN,saya gembira dapat hadiah istimewa dari PC WORLD tapi saya juga masih dalam ketakutan dan bimbang.Saya bersama alat mesin VAD,saya telah mempelajari pengalaman yang susah,derita,ketakutan dan bimbang.Setiap kali saya bangun dari tidur berharap keajaiban berlaku tapi semua adalah mimpi saja,dan saya sering tanya dgn diri sendiri bila saya akan sembuh seperti Mohd Fikri dan Hui Yee.Jawapan hanya tuhan yang dapat jawab,sampai sekarang belum lagi ada penderma yang sesuai dgn saya.Walaupun saya sering berkata kepada orang lain bahawa saya tidak takut,semua adalah menipu.Saya sekarang dalam keadaan yang sedih,ketakutan dan bimbang.Kalau boleh saya memang tidak ingin mahu jumpa dgn sesiapa.Saya berjumpa dgn wartawan cuma mahu rakyat Malaysia boleh tolong.Saya tahu rakyat Malaysia penuh dgn belas kasihan dan sering tolong-menolong.Saya harap pada tahun 2009,saya boleh dapat penderma yg sesuai dgn saya dan rakyat Malaysia semua hidup aman damai dan sihat selalu.
Friday, December 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment