Tuesday, March 10, 2009
11.3.2009
Keadaan saya di sini bersyukur kerana segala dalam keadaan yang baik dan sihat.Doktor semua membenarkan saya pulang ke rumah selama 3 hari,doktor juga menyediakan kereta dan seorang`staff nurse' untuk mengikut saya balik,walaupun cuma 3 hari, saya tetap menghargai dan bersyukur kerana sepanjang perjalanan dalam keadaan yang baik dan lancar.Semasa dalam perjalanan ke rumah saya dan staff IJN berhenti untuk berehat seketika,saya mendapati bahawa ramai orang pandang saya dgn pandangan yang asing.Tidak mengapa,saya faham kerana mereka tentu rasa hairan mengapa saya tolak sebuah beg tidak kira saya pergi mana.Pada keesokan saya telah pergi ke Taiping Sentral dan dapati juga ramai orang yang tidak tahu apa beg yang saya sedang tolak.Pada hari yang ke-3,masa balik ke IJN saya ada rasa keberatan.Dan saya sekarang adalah seperti biasa berada di IJN dan membuat persediaan sementara menunggu Transplant yang sesuai,saya sering memberitahu diri sendiri bahawa pasti ada suatu hari nanti,saya akan sihat seperti Fikri dan Hui Yi.2 bulan yang lepas saya dapat bunga dari seorang yang saya tidak kenal tetapi saya ingin mengucap terima kasih kerana memberi sokongan dan dorong supaya tidak berputus asa dan bersabar.Beliau juga telah menulis kad dan memberitahu bahawa`Wish can come true.Only the patience part is a killer.'Ayat ini memang bermakna pada saya.Memang benar sekali kalau kita banyak bersabar segala akan menjadi kenyataan dan sempurna.Ayat`bersabar' memang telah tolong saya mengharungi segala perkara yang saya sedang lalui.
Thursday, February 26, 2009
27.2.2009
3 hari yang lepas saya telah balik ke rumah sendiri yang terletak di Taiping,Perak.Sudah 7 bulan tidak balik ke kampung banyak berubah,Perasaan sangat gembira kerana dapat balik ke rumah tetapi masih berasa bimbang,entah nak buat macam mana baru tidak bimbang.Baik saya selalu berdoa dan bersabar,saya percaya tidak lama kemudian pasti akan berjaya dan sihat seperti Fikri dan Hui Yi.
Saturday, February 14, 2009
15.2.2009
Semalam pasti banyak pasangan meraikan hari yang istimewa iaitu VALENTINE'S DAY,tidak semestinya hanya pasangan saja meraikan kepada sesiapa yang tidak ada pasangan tetap boleh meraikan bersama orang yang kita sayangi dan menghormati.Saya di sini harap semua pasangan boleh bersama selama-lamanya.Cinta memang penuh kenangan yang manis kita tidak dapat lupakan.Dan pada hari yang lepas saya menonton 8style dan mengetahui VALENTINE'S berasal dari mana.Saya sangat suka ada rancangan ini kerana di Malaysia kita cuma boleh dapat tentang faashion dari buku sahaja tetapi setelah ada program ini semua orang boleh dapat tentang fashion terbaru.Saya telah berada di IJN 6 bulan dan rindu rumah.Entah bila baru boleh balik ke rumah dalam keadaan yang sihat,kuat dan tanpa alat VAD ini.Saya bersabar tunggu dan percaya mesti ada satu hari nanti dapat pertolongan seperti Fikri dan Hui Yi.
Monday, January 26, 2009
27.1.2009
Hari ini adalah tahun baru cina hari ke-2 mesti ramai orang yang meraikan dgn gembira sekali,walaupun berada di IJN saya tetap dapat merasakan suasana yang meriah di luar dan juga tahu umur sendiri semakin meningkat.Mak saya bersama saya di sini meraikan Gong xi fa cai di IJN,jauhan dari rumah mesti rindu dan sedih.Tidak tahu bila boleh balik ke rumah dgn sihat dan tanpa alat mesin VAD???.Semasa saya berada di lobby,saya terjumpa seorang yang pernah ajar saya iaitu cikgu saya dari sekolah menengah TMGS Taiping.Dunia ini memang kecil begini pun boleh berjumpa.Beliau juga memberi sokongan kepada saya supaya jangan putus asa.Saya ingin tidak mahu berfikir demikian,tetapi apa boleh buat hakikatnya saya kena hadapi.Selalu ada orang tanya khabar,macam mana sekarang dan saya berjawab bersyukur kerana masih sihat.Nasib memang tidak dapat kita tentukan,cuma tuhan yang tahu apa berlaku,saya sekarang menghargai setiap hari kerana saya tidak akan tahu apa yang berlaku esok.Yang saya tahu tahun ini tidak banyak orang yang menderma organ tetapi apa boleh buat,kita sudah buat terbaik untuk orang memahami apa itu menderma organ.Saya sendiri juga telah` sain' jadi sebahagian menderma organ,saya juga sering kali memberitahu mak saya jika suatu hari nanti saya meninggal dunia ini tolong menderma organ saya supaya dapat selamat orang yang memerlukan.Saya memahami kehilangan orang yang kita sayang dan cintai memang sesuatu perkara yang teruk dan tidak dapat kita hadapinya.Saya selalu memberitahu orang bahawa saya tidak takut bila ditanya,sebenarnya saya memang sangat takut.Saya selalu memberitahu diri sendiri jangan putus asa dan bersabar,saya percaya suatu hari nanti mesti ada seseorang yang menolong saya seperti tolong Mohd Fikri dan Hui Yi.Saya harap semua orang sihat selalu.
Saturday, January 17, 2009
18.1.2009
Minggu depan adalah tahun baru cina,ramai orang akan bersiap untuk menyambut hari tersebut dgn meriah sekali,sesiapa yang kerja berjauhan rumah akan balik ke rumah masing-masing, sepanjang jalan penuh dgn suasana yang meriah.Setiap rumah akan gantung lampu tanglung yang berwarna merah dan budak-budak gembira kerana dapat jumpa sanak saudara yang jauh dan ambil angpau...seronoknya(hehehe).Walaupun berada di IJN saya juga dapat merasai kemeriahan di luar dari IJN.Saya juga tahu,bahawa ramai orang yang menyokong dan berdoa kepada saya.Selalu saya memberitahu diri sendiri bahawa jangan sekali pun berputus asa,terus ketabahan dan bersemangat menghadapinya.Kesihatan dan nyawa tidak dapat dibeli oleh wang. Nasib seseorang juga telah ditentukan oleh tuhan sama juga dengan jodoh.Bukan kepunyaan kita jangan paksa,memang tiada bahagia.Sebelum ini saya pernah bercinta tetapi tiada bahagia kerana saya yang memaksakan bersama.Akhirnya sendiri yang bersusah hati.Saya sekarang telah mempelajari banyak perkara.Pada masa yang akan datang saya mahu mengejar impian yang telah saya abaikan.Setiap orang juga ada impian termasuk saya.Kalau saya di beri peluang saya mahu belajar menjahit.Saya tidak mahu mensia-siakan masa lagi,saya sekarang berumur 24 tahun,walaupun muda tetapi masa berlalu dengan cepat dan tidak akan menunggu.Sila menghargai orang yang tersayang,nyawa dan juga kesihatan.Saya di sini ingin mengucapkan`GONG XI FA CHAI' dan sihat setiap hari kepada rakyat Malaysia.
Monday, January 12, 2009
13.1.2009
Cuma 2 minggu tahun baru cina akan menjelang,tahun ini paling istimewa kerana meraikan tahun baru cina di IJN.Hampir setiap malam saya bermimpi yang saya akan sembuh suatu hari.Adakah pada hari yang akan datang boleh ke saya menjalani kehidupan yang normal dan sihat???.Jawapan cuma tuhan yang tahu dan memahami.Keadaan begini memang tidak ada orang mahu.Kenapa banyak orang mesti saya yang terkena? ia seperti kena loteri.2 hari yang lepas ada surat khabar menyatakan bahawa ada seorang penjahat telah di jatuh hukuman mati tetapi penjahat tersebut meminta para hakim supaya membenarkan beliau menderma organ untuk membantu orang lain, akhirnya hakim tersebut membenarkan beliau buat begitu tetapi bukan di sini malah di Singapura.Ini amat menjelaskan seorang yang belum meninggal dapat tolong orang yang memerlukan pertolongan,saya tahu kerana penjahat tersebut telah membunuh orang tetapi kita juga nampak ikhlas yang ada pada dirinya.Sebenarnya menderma organ bukan sesuatu yang takut,malah dapat selamat 25 nyawa jika orang tersebut adalah penderma organ.Cuba anda bayangkan dapat tolong orang yang memerlukan.Saya tahu kehilangan seorang yang sayang amat mensakiti,kalau lah anda tolong beliau membuat sesuatu yang baik sebelum beliau meninggal dunia ini.Dan pada hayat yang akan datang mungkin beliau akan di lahir semula dalam kehidupan yang baik dan juga tuhan akan memaafkan kesilapan yang pernah dilakukan oleh beliau sebelum meninggal.Saya juga pernah kehilangan seorang kawan yang baik,kawan tersebut telah meninggal dunia pada 6 tahun yang lalu.Walaupun kawan tersebut telah membuat saya membencinya tetapi saya tetap anggap beliau adalah kawan baik saya.Dalam dunia ini tidak patuh ada musuh atau perkauman terjadi.Kita semua hidup dalam satu dunia,tidak kira di mana tanah yang kita pijak ini adalah bumi cuma berlainan negara.Seperti di Israel,orang yang patuh kita tolong dan kesian adalah rakyat seperti golongan perempuan dan kanak-kanak.Di negara tersebut banyak rakyat telah mati,cedera,takut dan juga telah kehilangan orang tersayang dan tempat yang boleh melindungi mereka,bukan begitu saja malah pada kanak-kanak mereka kehilangan tempat belajar dan juga kehilangan orang yang tersayang.Saya tahu semua orang mahu peperang tersebut berhenti.Di sini saya mahu sesipa yang membaca blog ini sila menggunakan 3 minit untuk berdoa supaya peperang tersebut boleh berhenti dan menghormati rakyat yang tidak berdosa yang telah meninggal.Terima kasih banyak jika boleh juga mendermakan kepada tabung yang ditajakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang menderita di Israel.
Sunday, January 4, 2009
5.1.2009
Hari ini saya baru cuba menggunakan 'laptop' ia adalah hadiah dari PC WORLD, di bilik tidak ada Wi-Fi jadi kena turun ke bawah di lobby IJN baru dapat Wi-Fi.Lucu betul lah dan saya dapati sendiri telah berubah sejak ada bantuan mesin VAD, saya telah mempelajari bersabar dan menghormat orang lain.Sejak bersama mesin VAD,saya sekarang tahu perasaan pesakit seperti kita yang sedang menunggu pertolongan seseorang.Perasaan ini pernaha saya katakan ia adalah perasaan yang takut.Saya tahu bahawa ramai orang rasa hairan kerana saya tahu tulis bahasa melayu malah kenapa tidak tulis dalam bahasa inggeris sebab pertuturan inggeris saya kurang baik.Saya telah sedang membaiki pertuturan saya sekarang harap pada masa akan datang dapat pertuturan bahasa inggeris akan bertambah baik.Apa pun saya tetap perlu pertolongan orang lain supaya saya boleh sembuh seperti orang biasa.Saya selalu berdoa supaya satu hari nanti ada orang akan tolong saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)