Tuesday, December 30, 2008
30.12.2008
Hari ini saya berjumpa dgn seorang dari Bank Negara tapi saya tidak tahu namanya dan harap Miss Pretty dari Bank Negara tidak marah kerana saya panggil beliau begitu.Saya juga berjumpa dgn 'Reporter'.Saya selalu menonton berita pada pukul 8 pm,dgn tiba-tiba saya berfikir bahawa saya memang berkira nasib baik kerana berada di negara yang aman dan damai tetapi berfikir lagi saya juga bernasib malang dapat sakit begini.Adakah saya akan mati dalam 2 tahun ini??tiada sesiapa yang tahu.Saya sekarang seperti sedang 'peperang' dgn nasib saya.Kenapa saya mesti sampai jalan begini dan Adakah saya akan berakhir begini saja lepas 2 tahun??? juga tiada sesiapa dapat jawab.Saya sering berdiri di tingkap bilik berdoa dan merayu pada tuhan,saya benar rayu pada rakyat Malaysia supaya tolong saya,tolong saya,tolong saya,tolong saya,kasihan pada saya,tolong saya,dan saya berada di keadaan takut.Tolong saya,adakah sesiapa tahu keadaan yang menakutan macam mana??? tapi saya tahu dan orang yang pernah lalui juga tahu.Saya sekarang seperti di tempat yang gelap dan perlu pertolongan seseorang supaya tarik saya keluar dari tempat yang gelap itu.Adakah sesiapa yang akan berbuat demikian???saya amat memerlukan pertolongan,tolong saya,tolonglah saya.Saya sering beritahu diri sendiri supaya jangan putus asa dan kuatkan semangat.Sering kali saya memberitahu semua orang saya tidak takut adalah tipu, semata mata mahu orang tidak tahu keadaan saya sebenarnya.Adakah saya sangat bodoh fikir begini???Saya sering memberitahu diri sendiri bahawa rakyat Malaysia mesti ada orang yang sudi bantu saya tapi tidak tahu bila.Tahun baru akan tiba saya di sini berhaap rakyat Malaysia setiap hari dalam keadaan sihat selalu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment