Tuesday, December 30, 2008

31.12.2008

Hari ini pada pukul 10.00 am,saya bersama dgn Tan pergi ke Taman Titiwangsa untuk bersiar-siar.Walaupun hari ini letih saya tetap gembira kerana boleh dapat sedikit vitamin E pada kulit sebab lama tidak keluar dari IJN.Semalam,saya bermimpi ditangkap oleh 'Alien'(mahluk asing).Ini merupakan mimpi yang lucu,saya memberitahu mak dan ayah,mereka berdua pun ketawa,saya juga ikut ketawa sekali saya pun rasa hairan kenapa mimpi begini.Semasa dalam mimpi,saya bebas bergerak tanpa alat Mekanikal Jantung tetapi bila sedar dari mimpi segala hanya mimpi saja dan memberitahu diri sendiri,hari ini merupakan hari yang cerah dan penuh keindahan dan mungkin hari ini ada keajaiban berlaku.Esok merupakan 1.1.2009 pasti ramai orang menyambut tahun baru 2009.Saya juga akan 'count down' bersama rakyat Malaysia walaupun saya berada di IJN.Dan saya akan guna akhir 3 minit selepas tepat pukul 12.00am untuk berdoa supaya keajaiban akan berlaku dan boleh sembuh seperti orang biasa dan juga saya berharap rakyat Malaysia hidup dalam aman dan damai dan sihat selalu.Satu perkara saya tidak berani mahu kata tapi saya tidak mahu orang di tipu oleh orang lain,satu perkara telah menimpa pada saya semasa saya dalam keadaan yang kesian,bahawa ada seorang telah dapat kutip IC saya yang hilang dan telah ambil IC saya dan mendaftar nombor 018 dan guna sampai harga RM 600 dan bil-bil telefon tersebut telah hantar ke alamat rumah saya.Saya berani sumpah atas badan saya bahawa saya tidak pernah mendaftar di atas syarikat U-Mobile 018.Kemudian saya berani dan tanya siapa yang buat pendaftaran,rupa-rupanya kawan saya yang buat begitu malah merupakan seorang kawan yang saya pernah tolong.Saya juga telah memberitahu keluarga tersebut tetapi masih tidak ambil tindakan yang betul malah hanya biarkan saja.Saya sekarang memang rasa orang begini tidak boleh biarnya menganiayai orang lain,malah saya telah membuat polis report tetapi keluarga tersebut masih tidak ambil tindakan.Saya memberitahu semua orang bukan mahu dapat kesian dari orang ramai malah hanya mahu orang lain berhati-hati.

No comments:

Post a Comment