Saturday, December 20, 2008
21.12.2008.
Saya berada di IJN sudah 5 bulan,saya hidup bergantung dgn 'Jantung Mekanikal'kerana tahap kesihatan saya semakin merudum.Jantung Mekanikal yang digunakan cuma bertahan melebihi 2 tahun namun sepanjang tempoh itu pelbagai kemungkinan boleh terjadi.Saya harap rayuan saya pada rakyat Malaysia untuk membantu saya sebagaimana yang telah diterima oloh Mohd Fikri dan Hui Yee.Pada mulanya sering kali saya mempersoalkan kenapa tuhan memberikan ujian yang begitu besar terhadap diri sendiri.Saya,Mohd Fikri dan hui yee berbeza usia dan asal,tetapi mempunyai 1 persamaan iaitu memerlukan jantung baru.Saya masih menaruh harapan pada warga Malaysia yg prihatin dgn nasib mereka.Saya seperti tidak percaya benda yg berdegup dalam dada saya adalah Jantung Mekanikal.Ia kini sebahagian daripada diri saya sekarang.Saya membawanya ke mana saja malah bila mandi kena balut macam pembalut buku.Saya harap,penderitaan ini akan berakhir dan saya menerima jantung baru.Bagaimanapun beberapa hari yang lalu ramai wartawan datang bertemu dgn saya,tetapi saya cuma harap semua orang dapat dengar rayuan saya pada mereka semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment